ARAU: Sebanyak 11 rumah rosak teruk dan tidak selamat untuk didiami selepas dibadai puting beliung di Kampung Padang Besar, Guar Sanji di sini pada petang Ahad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim berkata, seramai 35 mangsa kini terpaksa menumpang sementara di rumah saudara mereka yang berdekatan.
Menurutnya, kejadian pada jam 2.30 petang Ahad itu menerbangkan bumbung dan merosakkan harta benda penduduk sehingga mengakibatkan rumah rosak teruk.
"Kejadian berlaku dengan pantas apabila pusaran angin kencang menerbangkan bumbung 11 buah rumah dalam kejadian tersebut.
“Enam daripadanya rosak teruk dan melibatkan seramai 35 orang mangsa. Tiada mangsa cedera dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya semasa dihubungi pemberita pada Ahad.
Jelasnya, kejadian tersebut bakal dirujuk kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya.
Mohd Ridzuan yang turut turun ke lokasi kejadian diiringi Pengerusi Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK) kampung Padang Besar, Zainul Abidin.
Hadir sama, wakil Ahli Parlimen Arau, wakil Muslimat DUN Guar Sanji dan Penyatuan Ummah yang tampil memberikan sumbangan.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 29 2023
Sebanyak 11 rumah rosak teruk dan tidak selamat untuk didiami selepas dibadai puting beliung di Kampung Padang Besar, Guar Sanji pada petang Ahad. - Sinar Harian
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
[TERKINI] Helikopter Terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terhempas pada Ahad ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera dan Stacy boleh tarik nafas lega
Putera dan Stacy berada ditangga dua terbawah selepas masing-masing memperoleh markah 71.33 peratus dan 74.21 peratus daripada juri tetap.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
14 rumah terjejas ribut landa Kuala Muda
Antara kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Teluk Wang Besar, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Bukit dan Kampung Masjid.
21 rumah rosak akibat ribut di Baling
Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 5 petang semalam bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Bumbung rumah tercabut, lima kampung terjejas hujan ribut di Taiping
Lima kampung terlibat ialah Kampung Setia, Simpang; Kampung Kuala Sepetang; Kampung Menteri; Kampung Matang Road dan Kampung Dew.
20 rumah di Penaga rosak akibat ribut
Kira-kira 20 rumah mengalami kerosakan terutama pada bahagian bumbung akibat ribut di Penaga, semalam.
Risiko tanah runtuh akibat hujan lebat di Bolivia
Sungai Irpavi mula melimpah sehingga 25 meter yang memisahkan rumahnya dari aliran air.
KPKT kumpul maklumat rumah rosak akibat banjir
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui agensi di bawahnya akan mengenal pasti kerosakan rumah mangsa banjir sebelum tindakan sewajarnya dibuat.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi di China
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas dalam kejadian gempa bumi di Provinsi Gansu dan Qinghai di barat laut China.
Rumah, sekolah rosak dibadai ribut di Sungai Acheh
Sebanyak 13 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Kampung Tanah Kebun sejak semalam, selepas kediaman mereka di Sungai Acheh rosak dibadai ribut.
11 rumah rosak teruk dibadai puting beliung di Arau
Sebanyak 11 rumah rosak teruk dan tidak selamat untuk didiami selepas dibadai puting beliung di Kampung Padang Besar, Guar Sanji pada petang Ahad.
29 rumah rosak dipukul ribut susulan hujan lebat di Tambun
Menurut jurucakap PKOD APM Daerah Kinta, lokasi yang terjejas ialah Taman Indah, Taman Putra Indah dan Bandar Baru Putra.